Sekolah ini mula dibuka pada 6 Januari,1952, di
Kampung Rinching Hulu. Bangunan sekolah adalah berupa bangunan sementara yang
dibiayai pembinaannya oleh orang-orang kampung serta dibantu oleh kerajaan.
Sekolah ini terletak dalam Mukim Beranang dan menumpang pada tanah orang
kampung. Sewaktu sekolah ini mula dibuka, bilangan guru cuma dua orang dengan
murid seramai 43 orang. Guru Besar pertama sekolah ini bernama Encik Abdullah Bin
Mohamad.
Sekolah ini mendapat bangunan baru
yang didirikan di atas sebidang tanah kerajaan oleh Kementerian Pelajaran dan
digunakan sepenuhnya pada 21 Oktober, 1962. Bangunan baru ini terletak di Mukim
Beranang iaitu di Kampung Rinching Tengah. Jauhnya dari bangunan sekolah asal
ialah lebih kurang satu per empat batu.
Pada tarikh 29 Jun, 1963,
bangunan Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching telah disempurnakan perasmiannya
oleh Dato' Abu Bakar Baginda iaitu Menteri Besar Selangor yang pertama. Tapak
asal sekolah yang terdahulunya pula didirikan sebuah masjid untuk kegunaan
orang-orang kampung. Pada tahun 1973, bilangan murid di sekolah ini
berjumlah 66 orang dengan guru seramai 5 orang (2 orang lelaki dan 3 orang
perempuan). Hitung panjang pertambahan murid setiap tahun adalah seramai 15
orang. Pada tahun 1988, bilangan murid telah mencecah 132 orang dengan bilangan
guru seramai 15 orang dan kakitangan bukan guru seramai tiga orang.
0 ulasan:
Catat Ulasan