Credit pic: Johor Astronomy Club
Jangan
lupa tau saksikan Gerhana Bulan Penuh esok 31 Januari 2018. Saksikanlah
tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. Jangan lupa juga tunaikan Solat Sunat
Gerhana Bulan ya.
Maklumat Gerhana Bulan Penuh
Detik-detik
Gerhana Bulan Penuh:
7.50 malam –
Bulan mula memasuki bayang gelap bumi
8.22 malam – Gerhana Bulan dengan kadar 50%
8.53 malam – Gerhana bulan dengan kadar 100%
9.33 malam – Kemuncak gerhana bulan penuh
10.28 malam – Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi
11.10 malam – Bulan telah keluar sepenuhnya dri bayang gelap bumi
8.22 malam – Gerhana Bulan dengan kadar 50%
8.53 malam – Gerhana bulan dengan kadar 100%
9.33 malam – Kemuncak gerhana bulan penuh
10.28 malam – Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi
11.10 malam – Bulan telah keluar sepenuhnya dri bayang gelap bumi
Catatan:
Solat Gerhana Bulan hendaklah dilakukan secara kuat (Jahr) seperti solat fardhu
maghrib dan Isyak kerana ianya berlaku pada malam hari.
Jom
refresh semula.
Cara Solat Sunat Gerhana
{credit
to: http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana}
Solat
gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum
mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya
: “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah
Taala.”
i.
Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.
Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali
ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan
bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii.
Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi
tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya
adalah seperti berikut:
Berdasarkan
hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم
خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ
رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ
الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ
الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ
مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ
ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا
يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا
فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksud:
Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada
hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan
membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian
beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan
beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri
yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau
ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama,
kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan
seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu
pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan
salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada
manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua
tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah
terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan
seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah
kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
عَنْ عَبْدِ
اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى
عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً
) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى
سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ
الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ
سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud:
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana
pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah
SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan
dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah
berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih
lama daripada itu”
(Sahih
Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut :
A. Rakaat Pertama
1.
Takbiratul Ihram.
2.
Membaca doa iftitah.
3.
Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.
Membaca surah al-Fatihah.
5.
Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6.
Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.
Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca
ali-Imran atau mana-mana surah.
8.
Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.
Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud
dan membaca tasbih.
11.Duduk
antara 2 sujud.
12.Sujud
kembali.
13.Berdiri
ke rakaat kedua.
B. Rakaat Kedua
1.
Membaca surah al-Fatihah.
2.
Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.
Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.
Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah
Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca
50 ayat.
6.
Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7.
Sujud dan membaca tasbih.
8.
Duduk antara 2 sujud.
9.
Sujud kembali.
10.Membaca
tasyahud akhir.
11.Memberi
salam.
·
Tiada iqamah tapi cukup
sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ
جَامِعَةً )
- Mana-mana surah hendaklan
mengikut susunan surah dari Al-Quran
- Sunat menyaringkan suara
pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan
perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
- Disunatkan mandi untuk
solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah
Solat Gerhana :
Dalil
dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت
الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان
لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya
: Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari
telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari
dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara
tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian
seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat
keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat
Bukhari 4-hlm: 358)
i.
Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii.
Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi
khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan
hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan
dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata,
maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
Secara
umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling
ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh
: i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah
maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat
gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana
dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan
itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika
pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat
gerhana.
Matla’
Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj :
Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa.
Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran
Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga,
Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam.
Pustaka Din
atau
Rakaat pertama
1. Niat solat
Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan
surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca
Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan
seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat
Gerhana, Takbir.
2. Baca
Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca
Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat
Akhir
Sumber :
http://herneenazir.com/2018/01/30/gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/